RENCANA BERITA KOPRAT
INSENTIF
BELAJAR DI KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA
Pusat pengajian ataupun lebih dikenali sebagai kolej
mahupun universiti boleh didefiniskan sebagai satu tempat dimana seseorang itu
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan serta bagi memperolehi sijil-sijil peringkat
atasan seperti Diploma, Ijazah dan sebagainya.
Terdapat beberapa jenis pusat pengajian tinggi seperti
IPTA,IPTS,Kemahiran dan sebagainya. Sememangnya kehendak setiap orang adalah
untuk memasuki IPTA, namun tidak semua bernasib baik untuk melanjutkan
pelajaran ke IPTA tersebut.
Walaupun begitu, terdapat sebuah kolej yang sanggup
menerima pelajar-pelajar lepasan STPM yang tidak dapat memasuki IPTA serta
kalangan pelajar yang kurang berkemampuan. Kolej itu dikenali sebagai Kolej
Teknologi Alpha. Kolej Teknologi Alpha ini diasaskan oleh seorang Dr dan juga
merupakan seorang pakar ekonomi iaitu Dr Hamzaid Bin Yahya atau lebih mesra
dikenali sebagai abah oleh kalangan pelajar.
Kolej
Teknologi Alpha yang nama asalnya adalah Institut Pujangga telah ditubuhkan pada Mei
1997 di bawah Pujangga Sari ( M ) Sdn. Bhd. yang telah diperbadankan pada
28hb.April 1997. Walau bagaimanapun, kelulusan penubuhannya oleh Jabatan
Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia telah diperolehi pada
23hb.Jun 1998. Perubahan nama telah dibuat sebanyak dua kali iaitu pada
November 2000 ( Institut Pengurusan Pujangga) dan pada tahun 2005 ( Kolej
Teknologi Alpha ).
Kolej ini adalah milik Syarikat Bumiputera
( Pujangga Sari (M) Sdn. Bhd sepenuhnya dan insyAllah akan kekal sebagai milik
Bumiputera. Buat masa ini, Kolej Teknologi Alpha ini ditempatkan
di Lot 162, 168-173 Jalan S2B3 Green Technology Park, Seremban.
Objektif
penubuhannya adalah unik dan lain daripada kolej-kolej yang terdapat di Negeri
Sembilan. Antara objektifnya ialah meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu
bagi melahirkan graduan yang berhemah tinggi, berketrampilan dan bertakwa.
Selain itu, misi bagi kolej ini adalah untuk
menjadi pusat kecemerlangan yang memberi peluang kepada individu pelajar dan
ahli masyarakat memangkinkan produktiviti dan kualiti yang tinggi melalui
pendidikan pengurusan menerusi pegajaran, pembelajaran, penyelidikan, dan
khidmat masyarakat.
Antara insentif yang boleh diperolehi apabila mendaftar
masuk di kolej ini adalah dapat meningkatkan pengunaan bahasa inggeris. Hal ini
kerana mereka akan diberikan kursus bahasa inggeris yang dikenali sebagai
insentif bahasa inggeris (IBI) selama 2 bulan. Kursus ini diberikan bagi
memastikan pelajar-pelajarnya boleh berkomunikasi dengan lebih baik terutama
dalam bahasa inggeris. Ketika kursus ini diadakan mereka tidak perlu membayar
apa-apa yuran kerana telah ditanggung oleh Dr Hamzaid.
Selain itu, tiada
yuran pendaftaran yang dikenakan kepada pelajar-pelajar. Malahan Dr Hamzaid
akan memberi duit poket sebanyak RM 200.00 bagi menampung perbelanjaan sebelum
mendapat bantuan PTPTN. Hal ini kerana beliau ingin membantu serba sedikit bagi
memastikan pelajar-pelajarnya mempunyai wang saku untuk membeli barang.
Disamping itu, hubungan pelajar dengan pensyarah di kolej
ini adalah sangat baik serta lebih dekat berbanding dengan kolej mahupun
universiti yang lain. Hal ini kerana kebanyakkan pensyarah di kolej ini adalah
terdiri daripada orang-orang yang berpengalaman luas serta tidak kedekut untuk
berkongsi ilmu yang mereka perolehi. Berbanding dengan kolej lain dimana pensyarah
sukar untuk berjumpa dengan pelajarnya kerana jumlah pelajarnya yang sangat
ramai.
Seterusnya,
lokasi kolej ini adalah sangat strategik dimana kolej ini terletak berdekatan
dengan pasaraya Aeon, Mydin dan tempat reakrasi. Hal ini secara tidak langsung memudahkan
para pelajar untuk berbelanja serta untuk melepaskan tekanan yang dihadapi
ketika membuat sesuatu kerja.
Kesimpulannya, Kolej Teknologi Alpha ini adalah diasaskan
bagi membantu kalangan pelajar yang kurang berkemampuan serta boleh dijadikan
satu platform untuk memacu kejayaan setiap ahlinya. Kolej ini juga mempunyai
pelbagai kemudahan yang sangat diperlukan oleh pelajarnya. Oleh itu, janganlah
kita berputus asa jika tidak dapat belajar di IPTA mahupun kolej yang lain
kerana masih lagi wujud tempat yang baik untuk kita memperolehi pelajaran.



No comments:
Post a Comment