Monday, 20 November 2017


“ANUGERAH KECEMERLANGAN PALING BERPRESTIJ”

SEREMBAN – Seramai 150 orang mahasiswa Kolej Teknologi Alpha telah menerima anugerah kecemerlangan semester pada tahun ini. Ianya merupakan anugerah yang berprestij kerana terlalu ramai yang mendapat kecemerlangan dengan CGPA 3.5 ke atas.

Anugerah ini diberikan kerana usaha gigih mereka untuk mencapai pointer yang tinggi secara keseluruhan. Ianya dijalankan pada waktu pagi iaitu daripada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.30 tengahari”.



Anugerah ini dijalankan di sebuah dewan di kolej tersebut dan disaksikan oleh puluhan mahasiswa semester 1 yang baru sahaja melaungkan ikrar akur janji.  Ianya disampaikan oleh CEO Kolej Teknologi Alpha tersebut iaitu Dr Hamzaid Bin Yahya yang lebih mesra dikenali sebagai “Abah. Selain daripada Abah, hampir kesemua pensyarah Kolej Teknologi Alpha itu turut berada bagi menyaksikan anugerah berprestij tersebut.

Menurut seorang pensyarah yang ingin dikenali sebagai Cik Nur Adillah menyatakan bahawa beliau berasa sangat bangga dengan pencapaian anak didiknya itu dan berharap agar mereka boleh terus cemerlang sehingga habis semester. Hal ini diperakui oleh penysarah-pensyarah yang lain.

Manakala menurut salah seorang pelajar cemerlang yang ingin dikenali sebagai Cik Helmi menyatakan bahawa dia sendiri pun tidak menyangka bahawa dia merupakan salah seorang pelajar yang menerima anugerah tersebut. selain itu, dia juga memberitahu bahawa seramai 14 orang pelajar cemerlang bagi semester 3 di bawah fakulti komunikasi(BCOM).


Setiap pelajar yang mendapat anugerah kecemerlangan ini diberikan ganjaran sejumlah wang sebanyak RM100.00 seorang bagi menghargai usaha keras yang mereka lakukan. Hal ini secara tidak langsung dapat memotivasikan diri mereka lagi agar sentiasa memperolehi kejayaan untuk semeseter-semester akan datang.
Menurut CEO Kolej tersebut, beliau meluahkan perasaan sangat gembira dan tidak menyangka bahawa tahun ini terlalu ramai mahasiswa yang berjaya memperolehi CGPA 3.50 dan ke atas.
Dr Hamzaid juga menyatakan hasratnya untuk sentiasa memberikan sokongan kepada mahasiswa-mahasiwinya dengan mengadakan pelbagai kempen-kempen kepimpinan serta membuat pelbagai bengkel pendidikan bagi setiap kos.
Dengan adanya majlis anugerah ini secara tidak langsung dapat menjadikan nama Kolej Teknologi Alpha semakin dikenali oleh orang ramai sebagai salah sebuah kolej yang melahirkan mahasiswa yang berwawasan.


. Justeru itu, diingatkan kepada setiap mahasiswa atau mahasiswi bahawa  setiap kejayaan itu tidak akan datang tanpa usaha yang lebih serta tawakal kepada Allah S.W.T. namun begitu, kita haruslah berlaku jujur dalam setiap apa yang dilakukan khusunya dalam pelajaran kerana Man Jadda Wa Jada ( sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh pasti akan berjaya).
























                                                   

No comments:

Post a Comment